الجمعة، 28 مارس 2014

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna

  faisal       الجمعة، 28 مارس 2014
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna - Hallo sahabat faisal service elektrinic, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna
link : Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna

Baca juga


Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna



Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arabابن سینا Ibn Sīnā‎), atau dikenali sebagai Ibnu Sina atau "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logikmatematiksainsfiqah, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: کتاب الشفاء) yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga" dibelakang Aristotle dan al-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.


Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humor iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya".
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanahairapi dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.


Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".
Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah ("Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi). Lihat Senarai Saintis Islam

Karya-Karya Ibnu Sina
Ø  As-Syifa, merupakan karya ibnu sina juga dalam bidang filsafat. Kitab ini antara lain berisikan tentang uraian filsafat dengan segala aspeknya. Asy-Syifa terdiri dari 10 jilid yang membahas tentang fisika/at Thabi’iat, metafisika/Ilahiyyat, matematika/ar Riyaadhiyat dan logika/Mantiq, dalam bahasan Latin kitab ini dikenal dengan nama Sanatio atau Sufficienta. Ringkasan kajian dalam Asy-Syifa juga dimuat dalam buku An-Najat khusus mengulas tentang fisika dan metafisika dan dicetak di sebuah percetakan batu di Teheran. Sementara bidang logika dimuat dalam buku Al-Burhan dan terbit pada tahun 1954 di Kairo.
Ø  Qanun fi al-Thib: Kitab yang sangat populer ini ditulisnya sejak dia berumur 22 tahun. Terbit pada tahun 1323 M di India dan tahun 1593 M di Roma. Buku ensiklopedia ini berisi jutaan item tentang pengobatan dan obat-obatan serta memperkenalkan penyembuhan secara sistematis, serta dijadikan rujukan selama kurang lebih tujuh abad lamanya di dunia Eropa. Buku inilah yang menobatkan Ibnu Sina sebagai Bapak Kedokteran Dunia.
Dalam karyanya ini Ibnu Sina pertama kali mengungkap, mencatat dan menggambarkan anatomi tubuh manusia secara lengkap. Kemudian ia mengambil kesimpulan bahwa, setiap bagian tubuh manusia, dari ujung rambut hingga ujung kaki kuku saling berhubungan. Ibnu Sina juga adalah orang yang pertama kali merumuskan, bahwa kesehatan fisik dan kesehatan jiwa berkaitan erat dan saling mendukung. Dalam ilmu kedokteran kontemporer, Ibnu Sina sangat berjasa dalam bidang pathology dan farmasi, yang menjadi bagian penting dari ilmu kesehatan dan kedokteran
Ø  An-Najah, yang merupakan kitab yang berisikan ringkasan dari kitab As-Syifa, kitab ini ditulis oleh ibnu sina untuk para pelajar yang ingin mempelajari dasar-dasar ilmu hikmah, selain itu buku ini juga  secara lengkap membahas tentang pemikiran Ibnu Sina tentang ilmu Jiwa.
Al Najah terdiri dari 4 bagian: logika, fisika dan metafisika yang dipersiapkan sendiri oleh Ibnu Sina sedang yang satunya yaitu; Matematikaoleh Al-juzjani.
Ø  Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah, yang merupakan karyanya dalam bidang ilmu fisika. Buku ini ditulis dalam bahasa Arab dan masih tersimpan dalam berbagai perpustakaan di Istanbul, penerbitannya pertama kali dilakukan di Kairo pada tahun 1910 M, sedangkan terjemahannya dalam bahasa Yahudi dan Latin masih terdapat hingga sekarang.
Ø  al- Isyarat wa al-Tanbihat, merupakan karya ibnu Sina termatang dan terkomprehenship. Di dalamnya memuat pembahasan tentang Logika, Fisika dan Metafisika.

Kitab As-Syifa
As-Syifa terdiri dari 10 jilid:
1.      Pada jilid pertama, pembahasan difokuskan pada persoalan metafisika/Ilahiyyat
Bab pertama dari jilid pertama membahas tentang Ilmu filsafat dibagi menjadi dua bagian: pertama; teoritis dan kedua; praktis.  Yang teoritis terbagi 3: a. fisika, b. matematika, c. metafisika. yang praktis terbagi dua: Etika dan politik.   
2.      Jilid kedua membahas tentang Matematika: yang meliputi sub bab pembahasan tentang; a) Geomitri, b) Musik, c) Aritmatik
3.      Jilid ketiga masih pembahasan Matematika meliputi pembahasan Astronomi
4.      Jilid ke empat,kelima dan keenam tentang Fisika/at Thabi’iat; di jilid ke empat berisi pembahasan tentang ; Fisika Dasar/at-Thabi’iaat
5.      Jilid kelima berisi 6 sub bab yang terkait dengan Fisika: a). kosmologi/as Sama wa al ‘Alam, b). Perubahan/al kaun wa al Fasad, c). aksi-reaksi/al If’al wa al Infi’aalaat, d). Psikologi/an Nafsu, e). mineorologi/ al mi’aad wa al-atsarr al ‘Ulumiyyah, f). Botani/an Nabaat
Pada jilid kelima ini yang penulis pelajari adalah tentang psikologi/An Nafsu. Ibnu Sina membagi jiwa dalam tiga bagian:
a.       Jiwa Tumbuh-tumbuhan (an Nafsu an Nabaathiyah) dengan daya-daya sebagai berikut: Makan, tumbuh dan berkembang Biak.
b.      Jiwa binatang (an Nafsu al Hayawaaniyah) daya-daya di sini tidak hanya sebatas bisa makan, tumbuh dan dan berkembang biak tetapi sudah bisa bergerak, kemudian dengan indra yang ada bisa menangkap/perception. Baik menangkap dari luar dengan panca indra atau dari dalam dengan indra-indra di dalam.
c.       Jiwa manusia (an Nafsu an Naathiqah) , memiliki dua daya:
(1). Daya praktis: yang berhubungan dengan badan
(2). Daya teoritis: yang hubungannya dengan hal-hal yang abstrak. Daya di sini juga masih mempunyai beberapa tingkatan: a. akal materiil, b. intellectus in habitu, c. akan actual, d. akal intellect/mustafad[5].  

6.      Jilid ke enam berisi pembahasan tentang; Zoologi/al hayawaan
7.      Jilid ke tujuh, delapan, Sembilan dan sepuluh membahas tentang; Logika/mantiq. Jilid ke tujuh berisi tiga bab yang membahas tentang; a). al Mad khol, b). kategori/al maqulaat, c). al ‘Ibaraat
8.      Jilid ke delapan hanya berisi satu bab yaitu pembahasan tentang; al qiyas
9.      Jilid ke sembilan ada dua bab; a). demonstrasi/al burhan, b).debat/al jadaal
10.  Jilid ke sepuluh berisi tiga bab yang meliputi pembahasan; a). kerancuan berpikir/al safsathoh, b). retorika/al khitobah, c). as syi’ier
Ringkasnya tengtang pembahasan logika Ibnu Sina membagi Logika menjadi Sembilan bagian, yaitu: (a). pengantar logika yang membhasa tentang lafadh-lafadh dan makna-makna, (b). pembasan mengenai kategori yang sepuluh, (c). al-‘ibarat yang membahas tentang proposisi, (d). analogi atauqiyas,(e). Demonstrasi atau  al-burhan,(f). Dialektika atau aljadal, (g). Retorika atau alkhitabah, (h). puisi/poetika atau  As syi’ri, (i). Buah pikiran yang rancu atau safsathah/ sophistika.
10 kategori yang dimaksud oleh ibnu Sina adalah tidak jauh berbeda dengan sang guru yaitu Aristoteles, di antaranya:
1.              Substansi
Substansi ialah segala sesuatu yang berdiri sendiri, berada di dalam esensinya serta tidak memerlukan sesuatu yang lain untuk berada. Contoh dalam kehidupan sehari-hari misalnya seperti :manusia, atau yang berhubungan dengan warna seperti putih, merah, kuning dan sebagainya.Sembilan kategori berikutnya adalah merupakan aksiden yaitu sesuatu yang tidak bisa berdiri sendiri selalu bergantung pada yang namanya substansi, di antaranya:
2.              Kuantitas
Kuantitas menunjukkan besaran sesuatu dan daur suatu peristiwa atau jumlah dari sesuatu yang ada seperti : ukuran
panjang atau bilangan-bilangan.
3.              Kualitas
Kualitas adalah sifat sesuatu, bentuknya dan kondisinya. Segala sesuatu akan
dikenai pertanyaan: “Bagaimana?”. Ia berkaitan dengan kualitas-kualitas indrawi dari
segala sesuatu, seperti: warnanya, rasanya, baunya, panas dan dinginnya, kekeringan dan kelembabannya, dan juga berkaitan dengan jenis-jenis watak dan kondisi-kondisi
emosional manusia, seperti: keterusterangan atau perasaan malu.
4.              Relasi
Istilah relasi menunjukkan hubungan antara dua hal atau benda
seperti hubunganantara majikan dan
 pekerjanya atau lebih umum lagi,
 hubungan antara sesuatu dengan
semua objek lainnya. Tidak aka nada sesuatu itu, kecuali dihubungkan 
dengan yang
lainnya. Seperti hubungan sang ayah dengan anaknya,
5.              Tempat (Place)
Kategori ini menunjukkan tempat tertentu dimana sesuatu itu ada atau merupakan jawaban dari pertanyaan “dimana?/’Aina? misalnya: di Jakarta, Kampus ICAS  dan sebagainya.
6.              Waktu (Time)
Kategori waktu ini merupakan jawaban dari pertanyaan: “kapan?”, misalnya:
kapan terjadinya angin puing beliun? Maka jawabannya bisa minggu lalu,bisa kemarin, tadi malam, dan sebagainya.
7.              Posisi atau Situasi
Kategori ini menunjukkan postur suatu benda atau keadaan sesuatu benda, seperti:
duduk, berbaring, berdiri, berjalan dan sebagainya.
8.              Kepemilikan (Posession)
Kategori milik sering disebut jiddah atau lahu (dia memiliki), atau mempunyai
(zu) ialah sesuatu selalu ada bersama pemiliknya kemana pun ia pergi, misalnya: pakaian
atau sepatu yang dipakai oleh seseorang.
9.              Aksi (Perbuatan)
Perbuatan dalam pengertian khusus ini berarti mempengaruhi sesuatu yang
menerima akibatnya, misalnya: memanaskan, memotong, pengaruh khatib pada
jamaahnya, pengaruh pendidik pada anak didiknya, pengaruh dokter pada
penyembuhannya.
10.          Pasifitas (Infi’al)
Kategori pasif (Passion,Affection) merupakan sesuatu yang menerima pengaruh
dari aksi, misalnya: aksi memanaskan, sementara keinginan akan terpanaskan juga.
Kategori pasif ini merupakan hubungan substansi sampai pada sifat-sifat yang ada di
dalamnya.
Pada dasarnya masih banyak hal-hal yang mungkin juga sangat penting untuk di sampaikan pada pembahasan mengenai kitab as Syifa karya Ibnu Sina ini, akan tetapi karena keterbatasan penulis terlebih dalam bahasa arab, karena tulisan ini juga banyak merujuk ke sumber aslinya yang berbahasa arab. Sehingga hanya demikian tulisan ini dengan harapan  akan ada yang bisa lebih dalam membahas karya Ibnu Sina ini.










Demikianlah Artikel Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna

Sekianlah artikel Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna dengan alamat link https://fselektro.blogspot.com/2014/03/abu-ali-al-hussain-ibn-abdallah-ibn.html
logoblog

Thanks for reading Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/ Avicenna

Previous
« Prev Post

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق